Rumah lama di kawasan Old Town merupakan pembangunan terawal yang telah wujud di pekan Petaling Jaya sebelum tahun 1952. Rumah berkeluasan 50’ x 90’ kaki persegi ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 1 unit tandas. Rumah ini menggunakan struktur konkrit keseluruhannya. Kawasan perumahan ini merupakan pajakan 99 tahun dan bukan hak milik kekal. Kini tempahan pajakan diperbaharui kepada 60 tahun.

Petaling Jaya merupakan penempatan yang dibina di atas kawasan ladang getah. Disebabkan oleh masalah kesesakan penduduk dan setinggan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengenal pasti ‘Effingham Estate’ iaitu sebuah ladang getah seluas 1,200 ekar di Jalan Klang Lama untuk dijadikan penempatan baru bagi penduduk pada ketika itu menjalankan aktiviti penanaman getah terutamanya bagi masyarakat Melayu.

  • GETAH SEKERAP

Getah beku merupakan satu produk daripada takik torehan pada pokok getah (Hevea brasilliensis) yang kini merupakan satu hasil daripada susu getah (Latex). Getah beku merupakan susu getah yang berwarna putih yang asalnya cair setelah proses torehan dan mengalir daripada kulit pokok getah terus ke dalam bekas atau cawan getah. Susu ini akan dibiarkan selama 24 jam dan ia akan membeku. Getah merupakan polimer hidrokarban yang kenyal yang terhasil daripada takik koloid.

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my