Ucapan Datuk Bandar

Ucapan Datuk Bandar

                                                                                          

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera,Syukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah kurnianya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah berjaya menubuhkan Muzium Petaling Jaya. Syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Protem Muzium Petaling Jaya yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan muzium ini.

Muzium Petaling Jaya yang terletak di Taman Tasik Jaya terbahagi kepada 6 galeri utama. Dengan wujudnya 6 galeri utama ini diharapkan dapat memberi gambaran serta informasi mengenai sejarah dan perkembangan Petaling Jaya sejak mula diwujudkan. Sekaligus memberi peluang kepada generasi baru mengetahui penubuhan Petaling Jaya sejak 50 tahun yang lalu. Pelbagai aktiviti dan program anjuran MBPJ dipaparkan di sini, perkembangan Petaling Jaya dari segi infrastruktur, perumahan, perdagangan dan perindustrian yang pesat turut dipaparkan. Saya berharap agar penduduk Petaling Jaya dapat bersama-sama memanfaatkan muzium ini. Padangan atau teguran untuk menambahbaik muzium ini sangat dialu-alukan. Saya menyeru penduduk Petaling Jaya agar dapat menyumbang idea di dalam meningkatkan kualiti muzium ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin berterima kasih kepada pihak yang terlibat di dalam pembukaan Muzium Petaling Jaya dan diharapkan lebih ramai lagi yang dapat menyumbang artifak atau apa juga bahan untuk dipamerkan di Muzium Petaling Jaya. Akhirnya saya berharap agar lebih ramai lagi penduduk Petaling Jaya mengunjungi Muzium Petaling Jaya. Selamat melayari laman web Muzium Petaling Jaya.

Sayangi Petaling Jaya

MOHAMAD AZHAN BIN MD. AMIR ( J.M.N, K.M.N, D.S.M )
Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my