Arkib

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjemput orang ramai untuk menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2023. Tiga kategori dipertandingkan iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah dan Kategori Terbuka. Tema yang dipilih pada tahun ini adalah "PETALING JAYA SEBUAH BANDAR PEMBELAJARAN".
 
Pertandingan ini akan dibuat dalam masa terdekat. Terdapat syarat-syarat baru untuk pertandingan pada kali ini. Oleh itu, sesiapa yang berminat bolehlah merangka sajak yang ingin dipertandingkan nanti. Tidak lupa setiap sajak perlulah diselitkan 1 nilai dari 17 nilai murni dalam sajak tersebut. Hadiah Wang Tunai dan Piala Iringin menanti para pemenang. Saguhati juga diberikan kepada semua peserta. Jom Sertai Pertandingan Sajak Petaling Jaya 2023 pada kali ini.
 
#pertandingansajak
#sajak2023
#petalingjayasebuahbandarpembelajaran
#pjlearningcity
#PJkita
#petalingjayacitycouncil
#muziumpetalingjaya
#MalaysiaMadani
#jomkunjungimuzium

Sarawak dikenali juga Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963.
Lokasi dan sejarah Sarawak telah menghasilkan kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa yang luas. Antara penduduk asli Sarawak, pengaruh luar telah membawa banyak perubahan dari masa ke masa.
 
Dengan ini Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengadakan sebuah Pameran Thematik bertajuk ‘Tok Lah Kamek : Melestari Bangsa Menjunjung Budaya’ yang menyinkap sejarah dan misteri masyarakat pribumi yang terdapat di Negeri Sarawak. Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi masyarakat pribumi yang hampir pupus ini.
 
Pameran ini berlangsung pada 1 September 2022 sehingga 31 Mac 2023 bertempat di Galeri C Pameran Thematik Muzium Petaling Jaya. Muzium Petaling Jaya dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Cuti Umum bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma!
 
Jom Kunjungi Muzium!
 

PROGRAM AKAN DATANG!!

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan mengadakan Program Jom Kenali Artifak Siri 2/2022 secara maya tidak lama lagi. Tema yang dipilih pada kali ini adalah "Seni Warisan Kukur Kelapa".

Oleh itu, pihak Muzium Petaling Jaya mengharapkan penyertaan dari kalian semua dan hadiah menarik menanti para pemenang. Video akan ditayangkan pada bila-bila masa sahaja di Facebook Rasmi Muzium Petaling Jaya dan soalan yang diberikan berdasarkan video yang ditayangkan.

#pjlearningcity
#pjkita
#sayangipj
#thisispj
#jomkunjungimuzium

Halaman 1 dari 4

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my