Arkib

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2021 secara Maya bermula 1 September hingga 22 September 2021.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia serta terbahagi kepada 3 Kategori iaitu
1. Kategori Sekolah Rendah
2. Kategori Sekolah Menengah
3. Kategori Dewasa (Berumur 18 tahun dan ke atas)
Pertandingan ini hanya terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori.
Pada tahun ini, tema Pertandingan Sajak Petaling Jaya Maya 2021 adalah bertemakan “PETALING JAYA BANDARAYA PINTAR, MAMPAN, BERDAYA TAHAN DAN DINAMIK MENJELANG 2025’ dan WAJIB memasukkan salah 1 nilai dari 17 nilai murni (Nilai Moral) dalam sajak bagi menggambarkan suasana serta harapan anda di Petaling Jaya.
Berikut adalah butiran Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya Maya 2021 :-
Tarikh Penyertaan : 01 September Hingga 22 September 2021
Tarikh Penilaian Sajak : 27 September 2021 (Isnin)
Keputusan Pemenang : 30 September 2021 (Khamis)
Pautan Borang Penyertaan : https://forms.gle/9kGCCspTmMp5DRf7A
Hadiah wang tunai menanti para peserta yang berjaya! Jadi tunggu apa lagi... Jom hantar penyertaan anda sekarang!
 
 
 
 
 
 

AKAN DATANG SEPTEMBER INI....
 
Anda pencinta Bahasa Kebangsaan?
Suka serta berkebolehan menghasilkan karya sastera seperti sajak?
Meminati pendeklamasian sajak?
 
Jika YA! Andalah yang kami cari!!…
Jom sertai kami dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2021 secara Maya yang dianjurkan oleh Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya) pada bulan september ini. Maklumat pertandingan, tarikh, syarat penyertaan serta tema sajak akan dimaklumkan pada 1 September 2021 (Rabu).
 
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut :-
1. Kategori Sekolah Rendah (7 hingga 12 Tahun)
2. Kategori Sekolah Menengah (13 hingga 17 Tahun)
3. Kategori Dewasa (18 Tahun Ke Atas)
 
Pertandingan ini terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini akan kami maklumkan pada 1 September 2021 (Rabu) nanti. Hadiah wang tunai bakal menanti para pemenang pertandingan ini nanti antaranya seperti berikut :-
 
KATEGORI SEK. RENDAH
JOHAN RM400
NAIB JOHAN RM350
KETIGA RM300
 
KATEGORI SEK. MENENGAH
JOHAN RM500
NAIB JOHAN RM400
KETIGA RM300
 
KATEGORI DEWASA
JOHAN RM700
NAIB JOHAN RM600
KETIGA RM500
 
HADIAH SAGUHATI
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
Ke-4 Hingga Ke-10 : RM50
 
HADIAH PAKAIAN TERBAIK
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
HADIAH VIDEO (LIKE) TERBANYAK
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
HADIAH GURU PENGIRING
Kategori (Rendah & Menengah)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
Setiap peserta juga akan diberikan E-Sijil penyertaan
PENGHAKIMAN BERDASARKAN 3 ASPEK UTAMA :
 
1. Suara (50%)
Vokal- 15%
Intonasi- 15%
Nada- 10%
Kelancaran Artikulasi- 10%
 
2. Teknik & Gaya Persembahan (50%)
Isi Sajak & Originaliti - 15%
Selaras dengan tema - 15%
Kreativiti & Penampilan - 10%
Penghayatan- 5%
Bahasa Tubuh & Mimik Muka- 5%
 
3. Penalti ( Ditolak 10% hingga 50% Markah)
- Jika menyentuh isu politik, agama, & perkauman.
- Membaca teks atau bahan rujukan
- Dibantu oleh orang lain.
- Video telah isunting atau diedit
JUMLAH KESELURUHAN: 100 %
 
JANGKA MASA PERTANDINGAN
Pertandingan Mula : 01 September 2021 (Rabu)
Tarikh Tutup : 22 Sepetember 2021 (Rabu)
Video Like terbanyak : 23 September (Khamis) hingga 28 September 2021 (Selasa)
Penilai Sajak Oleh Juri : 27 Setember 2021 (Isnin)
Keputusan : 30 September 2021 (Khamis)
 
Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi Urusetia Pertandingan :
ENCIK BONNY EDDY / ENCIK FARHAN : 03-79548122 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Stay tuned & stay updated gais ✌🏼😊
 

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan, Muzium Petaling Jaya mengambil satu inisiatif dengan menggunakan medium media sosial untuk menarik minat penggemar sejarah tidak terlepas menyaksikan pameran yang telah disediakan. Oleh itu, terdapat 10 jenis rumah tradisional terpilih yang sedang berlangsung di Pameran Thematik kini berada di Web Muzium Petaling Jaya.

AKAN DATANG…
 
Anda pencinta Bahasa Kebangsaan?
Suka serta berkebolehan menghasilkan karya sastera seperti sajak?
Meminati pendeklamasian sajak?
Jika YA! Andalah yang kami cari!!…
Jom sertai kami dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2021 secara Maya yang dianjurkan oleh Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak lama lagi.
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut :-
1. Kategori Sekolah Rendah (7 hingga 12 Tahun)
2. Kategori Sekolah Menengah (13 hingga 17 Tahun)
3. Kategori Dewasa (18 Tahun Ke Atas)
Pertandingan ini terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini akan kami maklumkan dalam tempoh terdekat. Hadiah wang tunai bakal menanti para pemenang pertandingan ini nanti.
Stay tuned & stay updated gais ✌🏼😊
 

Untuk makluman semua, Muzium Petaling Jaya telah ditutup sementara kepada semua pelawat  sempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selaras dengan saranan pihak Majlis Keselamatan Negara bagi mencegah penularan Covid-19.
 
Muzium Petaling Jaya akan dibuka semula setelah dibenarkan oleh pihak MKN. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi kami di talian 03-79548122. Segala kesulitan amatlah dikesali.
 
#kitajagakita
#kitabelummenang
#stayathome
#pkp3.0

Keputusan Pertandingan Kuiz Muzium Siri 1/2021, anjuran Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
 
Tema : Sejarah Petaling Jaya dan Muzium Petaling Jaya
Tarikh : 02 Ogos 2021 hingga 06 Ogos 2021
Jumlah penyertaan : 454 penyertaan
 
Senarai Pemenang : 
Johan : Hanafiah bin Abdul Hamid - 96.6%
 
Naib Johan : Nur Fathehah binti Abd Sahak - 90%
 
Ketiga : zaiton binti Hamzah - 90%
 
Saguhati :
Norfazilah binti Ahmat - 90%
 
Fairuz Munira binti Mahmood - 86.6%
 
Aliaa Athirah Adam Malek - 83.3%
 
Leong Mei Liew - 83.3%
 
Shobanaa A/p Seger - 83.3%
 
Nur Eliyana binti Zakaria - 83.3%
 
Afikah Hazirah binti Mohamad Azizan - 80%
 
Nurilyana Najwa binti Ahmad Saberi - 80%
 
Norashikin binti Mohd Jeni - 76.6%
 
Chua Hui Lin - 76.6 %
 
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Pihak Muzium Petaling Jaya akan menghubungi tuan/puan dalam masa terdekat bagi urusan tuntutan hadiah wang tunai. Sebarang pertanyaan dan maklum balas bolehlah hubungi kami di talian 03-79548122 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  (Encik Mohammad Farhan, Pembantu Muzium).
 
Bagi yang tidak berjaya anda bolehlah mencuba lagi pada Kuiz Muzium Siri 2/2021 bertemakan Kemerdekaan Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-64.
 
Stay Tuned!!
 
#thisispj
#sayangipj
#pjkita
#MuziumPetalingJaya
#MajlisBandarayaPetalingJaya

Salam Sejahtera
👋
Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya kini dibuka semula bermula esok 8 Mac 2021 (Isnin) dengan pematuhan kepada SOP seperti yang telah digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara & Kementerian Kesihatan Malaysia.
Para pengunjung juga di ingatkan sentiasa memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dengan hand sanitizer dan menjaga jarak anda dengan pengunjung lain.
Untuk fasa ini, Muzium Petaling Jaya dibuka pada Isnin hingga Khamis sahaja dan tutup pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad serta Cuti Umum. Manakala waktu perkhidmatan pula adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
Bagi penyelidik yang ingin mendapatkan maklumat atau membuat kajian, anda dikehendaki untuk membuat temu janji terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh kajian anda.
Untuk maklumat lanjut tuan/puan bolehlah menghubungi kami di talian 03-79548122.
 

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjemput penyertaan anda bagi menyertai Pertandingan Kuiz Muzium Siri 1/2021 secara dalam talian.
 
Pertandingan ini adalah usaha terbaru Muzium Petaling Jaya menggunakan platform media massa seperti Facebook dan Website Muzium selaras dengan terma aktiviti norma baharu bagi mengekang wabak Covid-19. Pendekatan ini dipilih sebagai usaha merancakkan peranan Muzium Petaling Jaya agar masih kekal relevan ketika mendepani pandemik ini.
 
Pada tahun ini, pertandingan ini akan diadakan sebanyak 3 siri mengikut tema soalan. Bagi siri 1/2021 , soalan adalah bertemakan Muzium Petaling Jaya dan Sejarah Petaling Jaya.
 
Pertandingan ini akan berlangsung bermula 02 Ogos hingga 06 Ogos 2021. Pautan bagi soalan kuiz adalah : https://surveymonkey.com/r/kuizmuzium
 
Pertandingan Kuiz Muzium ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas. Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas dalam tempoh hari yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. Hadiah wang tunai disediakan kepada 13 orang peserta yang berjaya. Sila pastikan maklumat diri anda diisi dengan lengkap bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.
 
Jom sertai & Semoga Berjaya!!!
 
#thisisPJ
#PJKITA
#SayangiPetalingJaya
 

Dear All...
 
Due to the high spread of the Covid-19 viruses, Petaling Jaya Museum, Majlis Bandaraya Petaling Jaya will be closed again from 13th Jan to 26th Jan 2021 and expected to be opened on 27th Jan 2021 under the directive of the Malaysian Prime Minister. 
 
We pray for the safety of our nation. We have great confidence that we as a nation will get through this together. So stay safe and keep practice self-hygiene everyone... 
 
Sorry for inconvenience caused... 
 
Regards!
 
#stayathome
#kitajagakita
#kitabelumenang
#movementcontrolorder
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my