Pameran & Rekabentuk

Pameran & Rekabentuk

Pecahan galeri yang berada di Muzium Petaling Jaya

Galeri A

Memaparkan sejarah bermulanya Petaling Jaya dibangunkan awal tahun 1950-an. Petaling Jaya dijadikan sebuah penempatan baru akibat dari masalah kesesakan dan masalah setinggan di pinggir Kuala Lumpur. Kerajaan negeri Selangor telah mengenal pasti tanah kebun getah seluas 1,200 ekar di Jalan Kelang Lama. Pengasah pertama Petaling jaya ialah Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British pada ketika itu. Pokok Petaling yang hidup subur pada waktu itu dijadikan nama penempatan baru ini. Petaling Jaya juga menjadi sebuah bandar satelit yang pertama di Malaysia.


Galeri B

Di galeri B pula memaparkan era pentadbiran Petaling Jaya yang memperlihatkan ramai tokoh-tokoh yang banyak menyumbang jasa kepada pembangunan Petaling Jaya. Bermula dengan Petaling Jaya Authority pada tahun 1954, Petaling Jaya cemerlang sehinggalah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 20 Jun 2006. Galeri ini juga memaparkan kejayaan dan kecemerlangan majlis dengan koleksi cenderamata, anugerah dan pencapaian yang diterima.


Galeri C

Galeri C adalah ruang pameran khas atau lebih dikenali sebagai pameran tematik. Ia diwujudkan bagi mengadakan pameran bertema secara berkala iaitu 2 kali setahun. Ruang pameran ini mempamerkan koleksi-koleksi terpilih mengikut tema, isu, kategori serta jenis koleksi Muzium Petaling Jaya.


Galeri D

Galeri "Hall of Frame" ditubuhkan adalah untuk memberi penghargaan dan juga mengenang tokoh-tokoh yang telah banyak mencorak pembangunan di Petaling Jaya sehingga lahirnya sebuah bandar baru yang terancang.


Galeri E

Galeri kaum di Petaling Jaya memaparkan sejarah kaum-kaum utama di Petaling Jaya, perkembangan ekonomi serta identiti utama bagi setiap kaum. Antaranya kaum Melayu (Kebaya Selangor), kaum India (Industri getah), kaum Cina (perlombongan bijih timah) dan kaum Orang Asli Temuan (perubahan penempatan orang asli dulu dan kini.


Galeri F

Pembangunan Petaling Jaya bermula di Petaling Jaya Old Town sebelum berkembang menjadi sebuah bandar yang pesat membangun dan juga sebagai pusat pentadbiran dan perdagangan terpenting di Negeri Selangor. Petaling Jaya juga muncul cemerlang sebagai pusat pelaburan, perindustrian antarabangsa, pusat pendidikan serta destinasi pelancongan. Dengan keluasan 97.2 km persegi, Petaling jaya kini terus cemerlang dengan perlaksanaan Agenda Tempatan 21 (Pembangunan Mampan).

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my