KUIZ MUZIUM SECARA MAYA BAGI TAHUN 2023

KUIZ MUZIUM SECARA MAYA BAGI TAHUN 2023

Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya ingin menjemput anda semua bagi menyertai Pertandingan Kuiz Muzium Secara Maya bagi tahun 2023 secara dalam talian. Pertandingan ini dibuat bagi memberi kemahiran serta pengalaman pada para peserta supaya lebih menghargai serta memartabatkan budaya seni bangsa dan untuk mempromosikan jenama Muzium Petaling Jaya sebagai destinasi pelancongan utama mesti singgah di Selangor. Soalan adalah bertemakan Sejarah Petaling Jaya dari dulu sehingga kini. Berikut adalah butiran Pertandingan Kuiz Muzium Secara Maya Bagi Tahun 2023 :-
 
          Tarikh                       : 27 November 2023 sehingga 30 November 2023 (Isnin sehingga Khamis)
          Pautan Soalan Kuiz : https://www.surveymonkey.com/r/TY3LYFD
          Pautan QR Code     : 
 
                                                   
                                                 
Pertandingan Kuiz Maya ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 dan ke atas. Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas dalam tempoh hari yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. Hadiah wang tunai disediakan kepada peserta yang berjaya. Sila pastikan maklumat lengkap diri tuan/puan diisi bagi memudahkan pihak kami menghubungi tuan/puan. 
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my