Arkib Maklumat

Dengan ini Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjemput anda ke Pameran Replika Rumah Tradisional Kita dengan bertemakan Warisan Seni Bina Terakhir bertempat di Galeri C, Pameran Thematik. Pameran ini akan berlangsung sehingga 13 Ogos 2022 setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan tutup pada hari Jumaat dan Cuti Umum. Masuk adalah PERCUMA!
Bagi memastikan keselamatan semua pihak anda perlulah mematuhi SOP yang telah ditetapkan termasuk lengkap 2 dos vaksin Covid-19, memakai pelitup muka, scan MySejahtera, kerap membasuh tangan dan jaga jarak ketika datang melawat ke pameran ini. Kerjasama anda semua amatlah kami harapkan bagi mengekang penularan covid-19.
Jom Kunjungi Muzium Petaling Jaya!

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan melanjutkan Pameran Kepelbagaian Rupa & Bentuk Teko dengan bertemakan Teh : Budaya & Tradisi di Galeri C. Pameran ini akan berlangsung sehingga 15hb Januari 2022 dan masuk adalah PERCUMA!
 
Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kepelbagaian rupa teko serta jenis-jenis teh yang terdapat di Malaysia serta luar negara.
 
Pengoperasian Muzium Petaling Jaya kini dibuka setiap hari KECUALI hari Jumaat dan cuti umum dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Manakala operasi muzium pada hari Sabtu dan Ahad adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
 
Anda diwajibkan untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak Muzium Petaling Jaya termasuk lengkap 2 dos vaksin bagi mengekang penularan wabak Covid 19. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi kami di talian 03-79548122.
 
 
                                                               
 

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan melanjutkan Pameran Kepelbagaian Rupa & Bentuk Teko dengan bertemakan Teh : Budaya & Tradisi di Galeri C. Pameran ini akan berlangsung sehingga 31 Januari 2022 dan masuk adalah PERCUMA! Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kepelbagaian rupa teko serta jenis-jenis teh yang terdapat di Malaysia serta luar negara.

Pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara ini, Muzium Petaling Jaya dibuka setiap hari KECUALI hari Jumaat dan cuti umum dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Manakala operasi muzium pada hari Sabtu dan Ahad adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
 
Anda diwajibkan untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak Muzium Petaling Jaya termasuk lengkap 2 dos vaksin bagi mengekang penularan wabak Covid 19. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi kami di talian 03-79548122.
 

PERKHIDMATAN MUZIUM PETALING JAYA & KIOS ILMU TAMAN JAYA TELAH DIBUKA!
 
Muzium Petaling Jaya & Kiok Ilmu Taman Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah dibuka semula bermula hari ini 20 September 2021 (Isnin) ini dengan pematuhan kepada SOP ketat seperti yang telah digariskan di Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 oleh Majlis Keselamatan Negara & Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Para pengunjung juga diingatkan untuk membuat tempahan awal bagi tujuan lawatan ke muzium, sentiasa memakai pelitup muka, kerap membasuh tangan dengan hand sanitizer serta menjaga jarak anda dengan pengunjung lain.
 
Hanya pengunjung yang telah lengkap 2 dos vaksin dengan tempoh matang 14 hari sahaja dibenarkan masuk. Bagi yang berumur 17 tahun dan ke bawah perlu diiringi oleh ibu/bapa/penjaga yang telah lengkap 2 dos vaksin. Sehubungan itu juga, hanya 15 orang jumlah pelawat sahaja yang dibenarkan berada di premis dalam satu-satu masa.
 
Untuk fasa ini, Muzium Petaling Jaya dibuka pada Isnin hingga Khamis sahaja dan tutup pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad serta Cuti Umum. Manakala waktu perkhidmatan pula adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Bagi penyelidik yang ingin mendapatkan maklumat atau membuat kajian, anda dikehendaki untuk membuat temu janji terlebih dahulu sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh kajian anda.
 
Untuk temu janji slot lawatan atau kajian anda di Muzium Petaling Jaya, anda boleh scan QR kod dibawah atau mengisi pautan ini : https://forms.gle/HZjVDb6snmiYtFjh9 serta platform media yang lain seperti DM/FB Messenger Muzium Petaling Jaya, Website Muzium, e-mail dan juga melalui panggilan telefon.
 
                  
 

 
 
 
 
 
 

 
 
Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjemput penyertaan anda bagi menyertai Pertandingan Kuiz Muzium Siri 2/2021 secara dalam talian.
Ini merupakan soalan kuiz siri ke-2. Pertandingan ini adalah usaha terbaru Muzium Petaling Jaya menggunakan platform media massa seperti Facebook dan Website Muzium selaras dengan terma aktiviti norma baharu bagi mengekang wabak Covid-19. Pendekatan ini dipilih sebagai usaha bagi merancakkan peranan Muzium Petaling Jaya agar masih kekal relevan ketika mendepani pandemik ini.
 
Pada tahun ini, pertandingan ini akan diadakan sebanyak 3 siri mengikut tema soalan. Bagi Siri 2/2021 ini, soalan adalah bertemakan Sejarah Kemerdekaan Malaysia.
Pertandingan ini akan berlangsung bermula 06 September 2021 (Isnin) hingga 10 September 2021 (Jumaat). Pautan bagi soalan kuiz adalah : https://www.surveymonkey.com/r/kuizmuzium2.
 
Pertandingan Kuiz Muzium ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 dan ke atas. Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas dalam tempoh hari yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. Hadiah wang tunai disediakan kepada peserta yang berjaya.
 
Sila pastikan maklumat diri anda diisi dengan lengkap bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.
Jom Sertai & Semoga Berjaya!!!
 

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan menganjurkan Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2021 secara Maya bermula 1 September hingga 22 September 2021.
Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia serta terbahagi kepada 3 Kategori iaitu
1. Kategori Sekolah Rendah
2. Kategori Sekolah Menengah
3. Kategori Dewasa (Berumur 18 tahun dan ke atas)
Pertandingan ini hanya terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori.
Pada tahun ini, tema Pertandingan Sajak Petaling Jaya Maya 2021 adalah bertemakan “PETALING JAYA BANDARAYA PINTAR, MAMPAN, BERDAYA TAHAN DAN DINAMIK MENJELANG 2025’ dan WAJIB memasukkan salah 1 nilai dari 17 nilai murni (Nilai Moral) dalam sajak bagi menggambarkan suasana serta harapan anda di Petaling Jaya.
Berikut adalah butiran Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya Maya 2021 :-
Tarikh Penyertaan : 01 September Hingga 22 September 2021
Tarikh Penilaian Sajak : 27 September 2021 (Isnin)
Keputusan Pemenang : 30 September 2021 (Khamis)
Pautan Borang Penyertaan : https://forms.gle/9kGCCspTmMp5DRf7A
Hadiah wang tunai menanti para peserta yang berjaya! Jadi tunggu apa lagi... Jom hantar penyertaan anda sekarang!
 
 
 
 
 
 

AKAN DATANG SEPTEMBER INI....
 
Anda pencinta Bahasa Kebangsaan?
Suka serta berkebolehan menghasilkan karya sastera seperti sajak?
Meminati pendeklamasian sajak?
 
Jika YA! Andalah yang kami cari!!…
Jom sertai kami dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2021 secara Maya yang dianjurkan oleh Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya) pada bulan september ini. Maklumat pertandingan, tarikh, syarat penyertaan serta tema sajak akan dimaklumkan pada 1 September 2021 (Rabu).
 
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut :-
1. Kategori Sekolah Rendah (7 hingga 12 Tahun)
2. Kategori Sekolah Menengah (13 hingga 17 Tahun)
3. Kategori Dewasa (18 Tahun Ke Atas)
 
Pertandingan ini terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini akan kami maklumkan pada 1 September 2021 (Rabu) nanti. Hadiah wang tunai bakal menanti para pemenang pertandingan ini nanti antaranya seperti berikut :-
 
KATEGORI SEK. RENDAH
JOHAN RM400
NAIB JOHAN RM350
KETIGA RM300
 
KATEGORI SEK. MENENGAH
JOHAN RM500
NAIB JOHAN RM400
KETIGA RM300
 
KATEGORI DEWASA
JOHAN RM700
NAIB JOHAN RM600
KETIGA RM500
 
HADIAH SAGUHATI
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
Ke-4 Hingga Ke-10 : RM50
 
HADIAH PAKAIAN TERBAIK
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
HADIAH VIDEO (LIKE) TERBANYAK
Kategori (Rendah, Menengah & Dewasa)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
HADIAH GURU PENGIRING
Kategori (Rendah & Menengah)
RM100 Bagi Setiap Kategori
 
Setiap peserta juga akan diberikan E-Sijil penyertaan
PENGHAKIMAN BERDASARKAN 3 ASPEK UTAMA :
 
1. Suara (50%)
Vokal- 15%
Intonasi- 15%
Nada- 10%
Kelancaran Artikulasi- 10%
 
2. Teknik & Gaya Persembahan (50%)
Isi Sajak & Originaliti - 15%
Selaras dengan tema - 15%
Kreativiti & Penampilan - 10%
Penghayatan- 5%
Bahasa Tubuh & Mimik Muka- 5%
 
3. Penalti ( Ditolak 10% hingga 50% Markah)
- Jika menyentuh isu politik, agama, & perkauman.
- Membaca teks atau bahan rujukan
- Dibantu oleh orang lain.
- Video telah isunting atau diedit
JUMLAH KESELURUHAN: 100 %
 
JANGKA MASA PERTANDINGAN
Pertandingan Mula : 01 September 2021 (Rabu)
Tarikh Tutup : 22 Sepetember 2021 (Rabu)
Video Like terbanyak : 23 September (Khamis) hingga 28 September 2021 (Selasa)
Penilai Sajak Oleh Juri : 27 Setember 2021 (Isnin)
Keputusan : 30 September 2021 (Khamis)
 
Untuk maklumat lanjut, Sila hubungi Urusetia Pertandingan :
ENCIK BONNY EDDY / ENCIK FARHAN : 03-79548122 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Stay tuned & stay updated gais ✌🏼😊
 

AKAN DATANG…
 
Anda pencinta Bahasa Kebangsaan?
Suka serta berkebolehan menghasilkan karya sastera seperti sajak?
Meminati pendeklamasian sajak?
Jika YA! Andalah yang kami cari!!…
Jom sertai kami dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Petaling Jaya 2021 secara Maya yang dianjurkan oleh Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya tidak lama lagi.
Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori seperti berikut :-
1. Kategori Sekolah Rendah (7 hingga 12 Tahun)
2. Kategori Sekolah Menengah (13 hingga 17 Tahun)
3. Kategori Dewasa (18 Tahun Ke Atas)
Pertandingan ini terhad kepada 12 penyertaan terawal bagi setiap kategori.
Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini akan kami maklumkan dalam tempoh terdekat. Hadiah wang tunai bakal menanti para pemenang pertandingan ini nanti.
Stay tuned & stay updated gais ✌🏼😊
 

Keputusan Pertandingan Kuiz Muzium Siri 1/2021, anjuran Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
 
Tema : Sejarah Petaling Jaya dan Muzium Petaling Jaya
Tarikh : 02 Ogos 2021 hingga 06 Ogos 2021
Jumlah penyertaan : 454 penyertaan
 
Senarai Pemenang : 
Johan : Hanafiah bin Abdul Hamid - 96.6%
 
Naib Johan : Nur Fathehah binti Abd Sahak - 90%
 
Ketiga : zaiton binti Hamzah - 90%
 
Saguhati :
Norfazilah binti Ahmat - 90%
 
Fairuz Munira binti Mahmood - 86.6%
 
Aliaa Athirah Adam Malek - 83.3%
 
Leong Mei Liew - 83.3%
 
Shobanaa A/p Seger - 83.3%
 
Nur Eliyana binti Zakaria - 83.3%
 
Afikah Hazirah binti Mohamad Azizan - 80%
 
Nurilyana Najwa binti Ahmad Saberi - 80%
 
Norashikin binti Mohd Jeni - 76.6%
 
Chua Hui Lin - 76.6 %
 
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Pihak Muzium Petaling Jaya akan menghubungi tuan/puan dalam masa terdekat bagi urusan tuntutan hadiah wang tunai. Sebarang pertanyaan dan maklum balas bolehlah hubungi kami di talian 03-79548122 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  (Encik Mohammad Farhan, Pembantu Muzium).
 
Bagi yang tidak berjaya anda bolehlah mencuba lagi pada Kuiz Muzium Siri 2/2021 bertemakan Kemerdekaan Malaysia yang akan diadakan tidak lama lagi sempena sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Ke-64.
 
Stay Tuned!!
 
#thisispj
#sayangipj
#pjkita
#MuziumPetalingJaya
#MajlisBandarayaPetalingJaya

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya menjemput penyertaan anda bagi menyertai Pertandingan Kuiz Muzium Siri 1/2021 secara dalam talian.
 
Pertandingan ini adalah usaha terbaru Muzium Petaling Jaya menggunakan platform media massa seperti Facebook dan Website Muzium selaras dengan terma aktiviti norma baharu bagi mengekang wabak Covid-19. Pendekatan ini dipilih sebagai usaha merancakkan peranan Muzium Petaling Jaya agar masih kekal relevan ketika mendepani pandemik ini.
 
Pada tahun ini, pertandingan ini akan diadakan sebanyak 3 siri mengikut tema soalan. Bagi siri 1/2021 , soalan adalah bertemakan Muzium Petaling Jaya dan Sejarah Petaling Jaya.
 
Pertandingan ini akan berlangsung bermula 02 Ogos hingga 06 Ogos 2021. Pautan bagi soalan kuiz adalah : https://surveymonkey.com/r/kuizmuzium
 
Pertandingan Kuiz Muzium ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 13 tahun dan ke atas. Peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat dan pantas dalam tempoh hari yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. Hadiah wang tunai disediakan kepada 13 orang peserta yang berjaya. Sila pastikan maklumat diri anda diisi dengan lengkap bagi memudahkan pihak kami menghubungi anda.
 
Jom sertai & Semoga Berjaya!!!
 
#thisisPJ
#PJKITA
#SayangiPetalingJaya
 
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my