Permainan Tradisional

Permainan Tradisional

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah menyediakan set permainan tradisi yang boleh digunakan oleh pengunjung Muzium mahu pun para pengunjung Taman Jaya bagi mengisi masa lapang sambil beriadah.

2019 11 07 permainan tradisional

Inisiatif ini adalah sebagai aktiviti tambahan kepada pelawat muzium serta Taman Jaya yang boleh dipinjam secara PERCUMA! bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali hari jumaat dan cuti umum.

Antara permainan yang disediakan adalah seperti berikut:-

a. Carrom
b. Congkak
c. Dam Aji
d. Batu Seremban
e. Set Permainan Tradisi Malaysia
f. Permainan Dam 1 Malaysia

Anda boleh mohon terus di kaunter penerangan Muzium Petaling Jaya untuk meminjam set permainan ini dengan hanya meninggalkan butiran peribadi anda.

Untuk sebarang maklumat lanjut anda bolehlah hubungi kami di talian 03-79548122. Semoga kemudahan ini mampu memberi manafaat kepada anda semua serta dapat menghidupkan permainan tradisi yang semakin dilupakan ini.

#thisispj #pjkita #pjlearningcity #lovepj #petalingjayacitycouncil #jomkunjungimuzium

Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my