PEMBUKAAN MUZIUM BAGI FASA KE TIGA PELAN PEMULIHAN NEGARA

PEMBUKAAN MUZIUM BAGI FASA KE TIGA PELAN PEMULIHAN NEGARA

Muzium Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan melanjutkan Pameran Kepelbagaian Rupa & Bentuk Teko dengan bertemakan Teh : Budaya & Tradisi di Galeri C. Pameran ini akan berlangsung sehingga 31 Januari 2022 dan masuk adalah PERCUMA! Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mengenali dengan lebih dekat lagi kepelbagaian rupa teko serta jenis-jenis teh yang terdapat di Malaysia serta luar negara.

Pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara ini, Muzium Petaling Jaya dibuka setiap hari KECUALI hari Jumaat dan cuti umum dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang. Manakala operasi muzium pada hari Sabtu dan Ahad adalah bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
 
Anda diwajibkan untuk mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh Pihak Muzium Petaling Jaya termasuk lengkap 2 dos vaksin bagi mengekang penularan wabak Covid 19. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh hubungi kami di talian 03-79548122.
 
Tinjauan
{{ ngFields[0].errorMsg }}
{{ ngFields[2].errorMsg }}

Pautan Kerjasama
 
Muzium Petaling Jaya
Jalan 10/7, Seksyen 10,
Taman Jaya, 46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 - 7954 8122
Fax: +603 - 7954 8133
Email: unitmuzium@mbpj.gov.my